Nama

Umur     

Ahli

: FADZILAH BINTI ZAKARIA     

: 49 TAHUN

: 9 SEPTEMBER 2020

 

Latar Belakang Calon

Sebagai seorang yang berkerjaya pelbagai kemahiran  perlu dipelajari oleh Puan Fadzilah. Sungguh pun, berusia 49 tahun beliau masih lagi mahu belajar menambah kemahirannya dalam menggunakan ICT. Beliau juga seorang wanita yang tidak kenal erti malu demi menambah pengetahuan. Beliau sangat komited menjalankan tanggunjawabnya sebagai seorang kakitangan kerajaan.Oleh beliau telah mewajibkan dirinya untuk belajar seberapa banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT. Antara kemahiran yang mahu beliau ingin mahir adalah mengambil video, edit video dan pengurusan akaun Youtube. Suatu hari, beliau telah datang Pusat Interner Komuniti Kampung Selabak dan beliau telah berjumpa staf. Melalui perbincangan beberapa perkara telah dipersetujui tentang kemahiran baru berkaitan ICT yang ingin dipelajari oleh Puan Fadzilah. Beliau telah bersetuju untuk mengikuti beberapa kelas, kelas Suntingan video dan kelas  asas Youtube. Melalui kelas yang dijalankan beliau telah mahir kemahiran yang beliau perlukan. Beliau benar-benar menunjukkan kesungguhan sepanjang mengikuti kelas yang dijalankan. Beliau kini memiliki Channel Youtubenya sendiri.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Puan Fadzilah kurang mahir dengan penggunaan kamera dan aplikasi untuk editing video.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas dan bimbingan yang dijalankan Puan Fadzilah kini miliki channel Youtube sendiri dan semakin cepat menggunakan perisian dan aplikasi video editing.

Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI

  • - Merakam video menggunakan telefon pintar
  • - Memahami asas suntingan video
  • - Menggunakan youtube sebagai medium menyimpan video.

Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT

PIK membantu memahirkan diri saya tentang Komputer, Aplikasi dan Youtube.

Nama

Umur

Usahawan     

Ahli

: IKHWAN MUNIR

: 27 TAHUN

: MAKANAN (PIZZA HOMEMADE)     

: 27 JANUARI 2018

 

Latar Belakang Calon

Encik Ikwan merupakan seorang usahawan yang nekad. Dari kecil beliau telah menunjukkan minat dalam bidang perniagaan. Beliau merasakan dengan berniaga impiannya akan lebih pantas untuk direalisasikan. Encik Ikhwan pada awalnya menjalankan perniagaannya dengan berkongsi di kumpulan whatsapp dan facebook. Setelah sekian lama, beliau merasakan hasil jualannya tidak mampu mencapai target yang telah ditetapkan oleh dirinya. Justeru merasakan bahawa perlu bagi dirinya untuk menambah pengetahuan tentang pemasaran melalui atas talian. Beliau telah hadir ke pusat internet dan berjumpa dengan petugas menceritakan hajatnya untuk belajar perniagaan atas talian. Beliau telah mengikuti kelas perniagaan atas talian yang dijalankan di pusat internet kampong selabak. Sepanjang mengikuti bimbingan di Pusat Internet Kampung Selabak, beliau telah mempelajari beberapa kemahiran baru seperti membuat poster promo dengan Canva.com, membuat ayat jualan dan membuat iklan percuma dan berbayar serta membina kedai online di shopee. Beliau kini semakin mahir menggunakan platform atas talian. Encik Ikwan berhasrat agar perniagaannya semakin bertambah baik pada masa depan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Encik Ikwan menjalankan perniagaan atas talian tanpa asas yang kukuh.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan bersama Encik Ikwan, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran. Ilmu beliau semakin bertambah dan mahir menggunakan facebook dan whatsapp bagi tujuan perniagaan.

Nama     

Umur

Ahli

: SITI NUR BATRISYIA BINTI SHAHARUDDIN     

: 12 TAHUN

: 24 OGOS 2020

 

Latar Belakang Calon

Remaja yang berumur 12 tahun biasanya lebih suka meluangkan masa dan bersama rakan-rakannya. Adik Batrisyia pula berbeza kerana dirinya  lebih suka mempelajari dan meneroka perkara baru. Semasa masa lapangnya,dia lebih suka melayari internet dan mempelajari pelbagai kemahiran baru. Kebiasaannya adik Batrisyia akan meminta ibunya untuk datang ke Pusat Internet Kampung Selabak untuk melayari internet dan menyiapkan kerja-kerja sekolah. Cita-cita adik Batrisyia ada ingin menjadi seorang anak yang berjaya suatu hari nanti. Dalam usaha untuk mencapai impiannya adik Batrisyia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya. Adik Batrisyia tidak takut dan jemu untuk mempelajari tentang Internet dan komputer. Disini, adik  Batrisyia telah mempelajari pelbagai pengetahuan komputer. Asas komputer seperti operasi komputer,  penggunaan internet, emel dan portal, dan lain-lain lagi turut dipelajari olehnya.. Kini beliau semakin pandai menggunakan kemudahan Komputer dalam menyiapkkan tugasan sekolahnya.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Adik Batrisyia tahu menggunakan internet untuk mencari maklumat yang diperlukan olehnya.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas dan bimbingan yang dijalankan adik Batrisyia semakin pandai membuat carian bagi memperkaya ilmu dirinya selain daripada menambah kemahiran lain.

Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI

  • - Mengenal perkakasan komputer
  • - Memahami asas pengoperasian komputer
  • - Menggunakan internet dan membuat carian dengan browser.
  • - Editing gambar menggunakan myposterwall

Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT

PI membantu memahirkan diri saya tentang Komputer, dan internet.

Nama

Umur

Usahawan     

Ahli

: NORAKMALI BINTI MOHD SUPIAN

: 43 TAHUN

: MAKANAN (SAMBAL GARING, AISKRIM MALAYSIA, KEREPEK PERIA CRISPY     

: 20 JANUARI 2014

 

Latar Belakang Calon

Puan Akma  telah berniaga sejak 2018 kerana kecenderungannya nak bantu tambah baik ekonomi keluarga. Beliau merupakan ibu kepada 4 orang anak . Beliau sangat suka mencuba pelbagai resepi baru untuk dijual kepada orang ramai. Beliau bermula dengan menumpukan penjualan sambal garing dan aiskrim kepada ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja sehinggalah ada rakan-rakannya yang mahu beliau untuk membuka pesanan kepada orang lain supaya beliau boleh mengembangkan  lagi perniagaannya. Beliau telah mengikuti kursus anjuran MDEC untuk memasarkan produknya melalui perniagaan atas talian. Beliau telah memaksimumkan penggunaan whatsapp dan facebook sebagai tempat niaganya. Usahanya semakin membuahkan hasil apabila beliau sikit demi sedikit sudah mampu membantu dalam memenuhi keperluan dan kehendak ahli keluarganya. Puan Akma juga menunjukkan minat belajarnya apabila beliau telah mengikuti kursus perniagaan atas talian yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Selabak. Beliau telah mengikuti beberapa kelas bimbingan perniagaan atas talian yang dijalankan oleh Pusat Internet. Antara yang dipelajari olehnya adalah membuat kedai online, iklan percuma dan berbayar, dan close sale. Beliau memiliki impian untuk memiliki taraf sosioekonomi yang lebih baik pada masa akan datang. Selain itu beliau berhasrat untuk memiliki sebuah premis pemprosesan sambal garingnya sendiri.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Puan Akma seorang yang minat meneroka ilmu baru. Seorang yang sangat suka menambah ilmu tentang pemasaran atas talian demi meningkatkan jualan bulanan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk memaksimumkan penggunaan akaun facebook dan penggunaan whatsapp untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.

Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI

  • - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui whatsapp
  • - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui whatsapp
  • - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
  • - Iklan percuma dan berbayar.

Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT

  • PI membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.

 

Nama

Umur

Usahawan     

Ahli

: HALIMAH BINTI CHE AZMI

: 40 TAHUN

: MAKANAN (SAMBAL GARING IKAN BILIS)     

: 27 JANUARI 2014

 

Latar Belakang Calon

Kak Halimah merupakan Ibu kedua daripada 5 orang anak. Beliau merupakan suri rumah tangga sepenuh masa kerana ingin membantu suaminya menguruskan keperluan anak-anak. Tiga orang anaknya bersekolah menengah dan 2 orang bersekolah rendah. Beliau merasakan dengan berniaga beliau boleh sedikit sebanyak membantu tambah pendapatan harian. Kak Halimah pada awalnya menjalankan perniagaannya dengan berkongsi di kumpulan whatsapp dan facebook. Setelah sekian lama, beliau merasakan hasil jualannya tidak mampu mencapai target yang telah ditetapkan oleh dirinya. Justeru merasakan bahawa perlu bagi dirinya untuk menambah pengetahuan tentang pemasaran melalui atas talian. Beliau telah hadir ke pusat internet dan berjumpa dengan petugas menceritakan hajatnya untuk belajar perniagaan atas talian. Beliau telah mengikuti kelas perniagaan atas talian yang dijalankan di pusat internet kampong selabak. Sepanjang mengikuti bimbingan di Pusat Internet Kampung Selabak, beliau telah mempelajari beberapa kemahiran baru seperti membuat poster promo dengan Canva.com, membuat ayat jualan dan membuat iklan percuma dan berbayar serta membina kedai online di shopee. Beliau kini semakin mahir menggunakan platform atas talian. Kak Halimah berhasrat perniagaannya semakin bertambah baik pada masa depan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Kak Halimah menjalankan perniagaan atas talian tanpa asas yang kukuh.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan bersama Kak Halimah, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran. Ilmu beliau semakin bertambah dan mahir menggunakan facebook dan whatsapp bagi tujuan perniagaan.