Nama Umur Usahawan Ahli |
: RIDHWAN BIN AWANG : 29 TAHUN : AYAM KAMPUNG & FERTIGASI CILI : 4 MEI 2017 |
Latar Belakang Calon
Ridhwan atau lebih mesra dengan panggilan Wan merupakan anak muda yang berwawasan besar kerana memlilih bidang keusahawanan sebagai laluan untuk menambah pendapatan diri dan keluarganya. Beliau telah memulakan perniagaannya sejak 2011 dan masih meneruskannya sehingga kini. Semasa beliau memilih untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan beberapa perkara yang beliau pertimbangkan. Antaranya adalah kerana minat, mahu duduk dekat dengan keluarga dan kudratnya yang masih muda. Beliau telah memiliki Sijil Syarikat Malaysia kerana ianya symbol kesungguhan dirinya. Pada 2017 beliau telah memasang azam untuk mempelajari ilmu pemasaran atas talian. Beliau telah mengikuti beberapa siri kursus kursus e usahawan. Pelbagai ilmu baru telah beliau miliki bagi menambah baik kaedah pemasaran perniagaan atas talian. Beliau tidak menunggu lama untuk melaksanakan perkara yang telah dipelajari oleh dirinya dalam perniagaannya kerana padanya hasil hanya boleh diperoleh melalui usaha yang tak kenal erti jemu. Beliau juga telah menujukkan minat untuk mengikuti kursus perniagaan atas talian yang dianjurkan oleh pusat internet kampung selabak. Beliau telah mengikuti beberapa kelas bimbingan perniagaan atas talian yang dijalakan oleh pim. Antara yang dipelajari olehnya adalah membuat kedai online, pemasaran percuma dan berbayar, Iklan percuma dan berbayar dan close sale. Beliau memiliki impian untuk menjadi pengeluar bekalan ke seluruh dunia dan menjadi sbuah jenama yang besar.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Ridhwan seorang yang minat meneroka ilmu baru.Telah menyertai pelbagai kursus untuk kebaikan diri. . Seorang yang sangat suka menambah ilmu tentang pemasaran atas talian.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk mengoptimumkan akaun facebook untuk pernigaannya . Beliau juga memaksimumkan penggunaan whatsapp untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- - Menggunakan Microsoft Office word untuk membuat risalah
- - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui whatsapp
- - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui whatsapp
- - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
- - Whatsapp sebagai medium menjual
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PIM membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=20#sigFreeId48518eea9d
Nama Umur Ahli |
: MOHD AMIRUL BIN MAT JAIZ : 11 TAHUN : 14 JUN 2017 |
Latar Belakang Calon
Kanak-kanak yang berumur 11 tahun biasanya lebih suka bermain dan bersuka ria bersama rakan-rakannya. Namun Adik Amirul lebih suka mempelajari dan meneroka perkara baru. Keupayaannya untuk memahami sesuatu perkara sangat cepat dan boleh dikagumi. Adik Amirul merupakan anak ketiga daripada 4 orang adik beradik. Adik Amirul sangat suka menggunakan masa terluangnya untuk meneroka perkara baru. Semasa masa lapangnya, adik Amirul lebih suka membaca buku dan melayari internet. Adik Amirul kebiasaannya akan meminta ibunya untuk datang ke Pusat Internet Malaysia Kampung Selabak untuk melayari internet dan menyiapkan kerja-kerja sekolah. Cita-cita adik Amirul ada ingin menjadi seorang yang Berjaya suatu hari nanti dan boleh menabur bakti kepada orang tuanya. Dalam usaha untuk mencapai impiannya adik Adham sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya. Adik Amirul tidak takut dan jemu untuk mempelajari tentang Internet dan computer. Disini, adik telah mempelajari pelbagai pengetahuan komputer. Asas komputer seperti operasi komputer, penggunaan internet, emel dan portal, dan lain-lain lagi turut dipelajari oleh adik Adham. Kini adik Amirul semakin pandai menggunakan kemudahan Komputer dalam menyiapkkan tugasan sekolahnya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Adik Amirul merupakan seorang remaja yang suka mencuba perkara baru. Beliau hanya tahu menggunakan internet untuk youtube.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas dan bimbingan yang dijalankan Adik Amirul semakin pandai memilih sumber rujukan dan membuat carian bagi memperkaya ilmu dirinya
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- - Mengenal perkakasan komputer
- - Memahami asas pengoperasian komputer
- - Menggunakan internet dan membuat carian dengan browser.
- - Mempelajari Ms. Office 2010 bagi memudahkan menyiapkan tugasan.
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PIM membantu memahirkan diri saya tentang Komputer dan Ms Office.
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=20#sigFreeIda25a620d6d
Nama Umur Usahawan Ahli |
: ASMAH BINTI ZIK @ MOHAMED : 44 TAHUN : MAKANAN (KEK, ROTI, BISKUT) : 17 MEI 2017 |
Latar Belakang Calon
Kak Asmah telah berniaga sejak 2010 kerana dia rasa taraf ekonomi keluarganya yang kurang baik. Pada awalnya beliau hanya membuat kuih muih dan kek. Hal ini kerana, pada masa itu kemahiran itu sahajalah yang beliau miliki dan boleh di gunakan untuk menambah baik ekonomi keluarganya. Semangat Kak Asmah terus kuat apabila beliau merasakan perlunya untuk membantu membeli barangan keperluan dan kehendak oleh setiap ahli dalam keluarganya. Sebagai seorang ibu kepada 3 orang anak, beliau telah menunjukkan tekadnya dalam bidang keusahawanan apabila beliau telah mendaftar perniagaannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Selain daripada itu beliau juga telah menyertai pelbagi kursus bakeri dan pastry serta kursus-kursus yang meningkatkan kemahiran dan jati dirinya. Pada 2015 beliau telah melebarkan lagi strategi pemasaran pun menggunakan medium social untuk mempromosikan perniagaannya. Usaha yang berterusan oleh kak asmah semakin membuahkan hasil apabila beliau sikit demi sedikit sudah mampu membantu dalam memenuhi keperluan dan kehendak ahli keluarganya. Pada 2017 beliau telah memasang azam untuk mempelajari ilmu pemasaran atas talian. Beliau telah mengikuti beberapa siri kursus kursus e usahawan. Pelbagai ilmu baru telah beliau miliki bagi menambah baik kaedah pemasaran perniagaan atas talian. Beliau tidak menunggu lama untuk melaksanakan perkara yang telah dipelajari oleh dirinya dalam perniagaannya kerana padanya hasil hanya boleh diperoleh melalui usaha yang tak kenal erti jemu. Beliau juga telah menujukkan minat untuk mengikuti kursus perniagaan atas talian yang dianjurkan oleh pusat internet kampong selabak. Beliau telah mengikuti beberapa kelas bimbingan perniagaan atas talian yang dijalakan oleh pim. Antara yang dipelajari olehnya adalah membuat kedai online, pemasaran percuma dan berbayar, Iklan percuma dan berbayar dan close sale. Beliau memiliki impian untuk memiliki kedai sendiri berhasrat untuk memasarkan biskutnya ke serata negara.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Kak Asmah seorang yang minat meneroka ilmu baru.Telah menyertai pelbagai kursus untuk kebaikan diri. . Seorang yang sangat suka menambah ilmu tentang pemasaran atas talian.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk mengoptimumkan akaun facebook untuk pernigaannya . Beliau juga memaksimumkan penggunaan whatsapp untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- - Menggunakan Microsoft Office word untuk membuat risalah
- - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui whatsapp
- - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui whatsapp
- - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
- - Whatsapp sebagai medium menjual
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PIM membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=20#sigFreeId6cfc714955
Nama Umur Usahawan Ahli |
: NOR SAZIRA BINTI RAZALI : 28 TAHUN : MAKANAN (KEK, ROTI) : 4 MEI 2017 |
Latar Belakang Calon
Puan Sazira suka membuat kek dan roti. Pelbagai kelas dan kursus telah disertai olehnya untuk memahirkan diri dalam membuat kek dan roti. Puan Sazira menjalankan perniagaannya adalah kerana minat dan menjana pendapatan dari rumah. Selain itu nekadnya beliau melibatkan diri dalam perniagaan adalah untuk membuka vendor butiknya sendiri. Dalam menjalankan perniagaannya beliau teliti dalam mementingkan kualiti pengeluaran hasil kek dan rotinya. Pada awal penglibatan dalam perniagaan ini, ianya hanya dijalankan secara jualan secara langsung rakan dan kenalan. Dan hebahan dilakukan melalui mulut ke mulut dari pelanggan setia. Puan Sazira pada awalnya hanya menjalankan perniagaannya dengan berkongsi di kumpulan whatsapp dan di Fb. Namun hasil jualan tidak seberapa dan tidak mampu mencapai target yang telah ditetapkan oleh dirinya. Beliau nekad untuk mempelajari asas pemasaran online dan mengikuti perlbagai kursus pemasaran yang dianjurkan Mdec. Beliau juga hadir ke pusat internet dan berjumpa dengan petugas menceritakan hajatnya untuk belajar asas pemasaran atas talian. Beliau telah mengikuti kelas pemasaran yang dijalankan di pusat it selabak. Beliau kini semakin mahir menggunakan platform atas talian seperti FB dan whatsapp sebagai platform pemasaran atas talian percuma dan berbayar. Puan Sazira memiliki impian yang sangat besar iaitu beliau mahu menjadi usawahan yang Berjaya. Beliau berharap agar cita-citanya dapat dicapai dan mampu untuk terus kuat menambah ilmu pengetahuan agar dapat mengembangkan lagi perniagaannya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Puan Sazira menjalankan perniagaan atas talian tanpa asas yang kukuh.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan bersama Puan Sazira, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran. Ilmu beliau semakin bertambah dan mahir menggunakan facebook dan whatsapp bagi tujuan perniagaan
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=20#sigFreeId009f65a4b7
Nama Umur Ahli |
: MUHAMMAD HASIF FAKHRI BIN ISRONI : 11 TAHUN : 24 JUN 2016 |
Latar Belakang Calon
Hasif merupakan anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Beliau juga merupakan seorang yang sangat aktif di rumah mahu pun disekolah. Beliau miliki minat yang sangat kuat untuk meneroka perkara-perkara baru. Seorang yang mudah didekati oleh rakan-rakannya. Beliau cepat belajar dan mudah untuk membantu rakan-rakannya yang lain. Tatkala melihat rakannya mengalami kesulitan beliau tidak lokek untuk membantu. Begitu jugalah sikap yang ditunjukkan oleh adik Hasif di pusat internet kampong selabak. Beliau menaiki basikal dan kadang-kadang mengikuti abangnya ke pusat internet. Di pusat internet beliau suka melakukan aktiviti melayari internet untuk menambah pengetahuannya disamping menjadikan tempat ini sebagai tempat beliau menyiapkan tugasan kerja-kerja sekolah. Adik Hasif kerap kali mengkuti kelas dan bimbingan yang dijalankan oleh pusat internet kerana beliau mengatakan bahawa banyak bernda baru yang masih belum diterokai. Beliau juga sangat cekap menggunakan komputer. Antara kelas dan bimbingan yang disertai oleh adik Hasif adalah kelas asas komputer, asas internet, dashboard komuniti dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan oleh pusat internet. Beliau kini menjadi salah seorang rujukan di pusat internet sekiranya ada pengguna baru yang ingin menggunakan perkhidmatan di pusat internet. Beliau turut menarik minat ramai rakan-rakannya untuk datang ke pusat internet supaya mereka juga dapat belajar seperti mana dirinya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Adik Hasif merupakan seorang remaja yang suka mencuba perkara baru. Beliau hanya tahu menggunakan internet untuk youtube.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas dan bimbingan yang dijalankan Adik Hasif semakin pandai memilih sumber rujukan dan membuat carian bagi memperkaya ilmu dirinya.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- - Mengenal perkakasan komputer
- - Memahami asas pengoperasian komputer
- - Menggunakan internet dan membuat carian dengan browser.
- - Mempelajari Ms. Office 2010 bagi memudahkan menyiapkan tugasan.
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PI membantu memahirkan diri saya tentang Komputer dan Ms Office.
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=20#sigFreeIdaaee7e4531