Nama Umur Usahawan Ahli |
: Hidayah Khairuddin : 28 Tahun : Air, Roti dan Sushi : 12 Disember 2018 |
Latar Belakang Calon
Cik Hidayah merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik. Beliau suka berniaga kerana sejak lagi beliau telah pon terbiasa meniaga kerana membantu ibunya berniaga nasi lemak di setiap pagi. Beliau juga merasakan dengan berniaga beliau mudah untuk mendapatkan pendapatan yang beliau mahukan. Cik Hidayah pada awalnya menjalankan perniagaannya dengan berkongsi di kumpulan whatsapp dan facebook. Setelah sekian lama, beliau merasakan hasil jualannya tidak mampu mencapai target yang telah ditetapkan oleh dirinya. Justeru merasakan bahawa perlu bagi dirinya untuk menambah pengetahuan tentang pemasaran melalui atas talian. Beliau nekad untuk mempelajari asas pemasaran online dan mengikuti kursus pemasaran melalui MDEC . Beliau juga telah hadir ke pusat internet dan berjumpa dengan petugas menceritakan hajatnya untuk belajar asas pemasaran atas talian. Beliau telah mengikuti kelas pemasaran yang dijalankan di pusat it selabak. Sepanjang mengikuti bimbingan di Pusat Internet Kampung Selabak, beliau telah mempelajari beberapa kemahiran baru seperti membuat poster promo dengan Canva.com, membuat ayat jualan dan membuat iklan percuma dan berbayar. Beliau kini semakin mahir menggunakan platform atas talian. Cik Hidayah berhasrat pernigaannya semakin bertambah baik pada masa depan. Beliau berharap agar cita-citanya dapat dicapai suatu hari nanti.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Cik Hidayah menjalankan perniagaan atas talian tanpa asas yang kukuh.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan bersama Cik Hidayah, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran. Ilmu beliau semakin bertambah dan mahir menggunakan facebook dan whatsapp bagi tujuan perniagaan.
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=10#sigFreeId2a7f66a9b0
Nama Umur Usahawan Ahli |
: AFIQAH HUSNA NASARUDDIN : 27 TAHUN : MAKANAN (TAUHU BERGEDIL, POPIA CARBONARA, CROQUETTES) : 23 MEI 2017 |
Latar Belakang Calon
Cik Husna telah berniaga sejak 2017 kerana minatnya dalam berniaga. Beliau merupakan anak 3 daripada 5 orang adik beradik. Pada 2017 beliau telah mula mengikuti kelas-kelas masakan bagi meningkatkan kemahiran dan kualiti hasil masakannya. Antara kelas masakan yang beliau ikuti adalah kelas tauhu bergedil dan aneka popia goreng. Pada peringkat awal, beliau menumpukan penjualan tauhu bergedil dan anela popia goreng kepada ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja sehinggalah ada rakan-rakannya yang mahu beliau untuk membuka pesanan kepada orang lain. Hal ini supaya beliau boleh meningkatkan lagi jualannya. Beliau telah mula belajar memasarkan produknya melalui perniagaan atas talian. Beliau telah memaksimumkan penggunaan whatsapp dan facebook sebagai tempat niaganya. Usaha yang tidak kenal erti jemu semakin membuahkan hasil apabila beliau sikit demi sedikit sudah mampu membantu dalam memenuhi keperluan dan kehendak ahli keluarganya. Beliau juga telah meletakkan produknya di gerai-gerai sekitar Teluk Intan. Cik Husna juga menunjukkan minat belajarnya apabila beliau telah mengikuti kursus perniagaan atas talian yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Selabak. Beliau telah mengikuti beberapa kelas bimbingan perniagaan atas talian yang dijalankan oleh Pusat Internet. Antara yang dipelajari olehnya adalah membuat kedai online, pemasaran percuma dan berbayar, Iklan percuma dan berbayar, membuat poster dan close sale. Beliau memiliki impian untuk memiliki kedai sendiri dan memiliki taraf sosioekonomi yang lebih baik pada masa akan datang.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Cik Husna seorang yang minat meneroka ilmu baru. Seorang yang sangat suka menambah ilmu tentang pemasaran atas talian demi meningkatkan jualan harian.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk memaksimumkan penggunaan akaun facebook dan penggunaan whatsapp untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- - Menggunakan Microsoft Office word untuk membuat risalah
- - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui whatsapp
- - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui whatsapp
- - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
- - Whatsapp sebagai medium menjual
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PI membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=10#sigFreeIdb18442809d
Nama Umur Usahawan Ahli |
: KHAIRUL FAIDZ SHAH BIN MOHD KAMAL : 18 TAHUN : JUALAN ATAS TALIAN : 15 FEBRUARI 2014 |
Latar Belakang Calon
Faiz merupakan anak ketiga daripada 5 orang adik beradik. Sungguhpun masih muda dia rajin untuk memajukan diri dalam usaha menambah pendapatan dirinya. Beliau gemar untuk menjual sesuatu barangan di ruangan atas talian. Pada 2016, beliau telah mengikuti banyak kelas yang dianjurkan di Pusat Internet kg selabak. Antara kelas yang beliau hadiri adalah kelas ms Office, adobe photoshop dan kelas membuat video. Sungguh pun di usia mudanya, beliau mahir untuk mendapatkan bahan-bahan bagi tujuan jualan di platform atas talian. Pengalaman ibu serta abangnya dalam berniaga menjadikan dirinya turut mahu menceburi bidang itu. Beliau juga turut mengikuti kelas bimbingan usahawan di Pusat Internet di Pusat Internet. Kelas asas iklan, latihan pengggunaan platform e niaga turut disertai beliau bagi menambah ilmu sedia ada. Antara barang yang diniaga olehnya adalah jam tangan, kasut dan topi berjenama. Faiz memiliki impian untuk berjaya mencapai kejayaan dalam bidang ini. Dia mengharapakan agar dirinya terus mampu bersungguh-sungguh belajar perkara baru agar dirinya tidak ketinggalan.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Faiz menjalankan perniagaan atas talian tanpa asas yang kukuh.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan bersama Faiz, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran. Ilmu beliau semakin bertambah dan mahir menggunakan facebook dan whatsapp bagi tujuan perniagaan.
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=10#sigFreeIdf3efa7755e
Nama Umur Ahli |
: NURUL IZZAH BINTI SUDIRMAN : 19 TAHUN : 1 JULAI 2014 |
Latar Belakang Calon
Adik Izzah merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik. Adik Izzah mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang yang akauntan suatu hari nanti dan boleh menyumbang bakti kepada orang tuanya. Dalam usaha untuk mencapai impiannya adik Izzah sentiasa ingat bahawa kerja keras amat perlu bagi dirinya. Kesungguhan tersebut dapat dilihat apabila dia menggunakan masa terluangnya untuk meneroka pengetahuan baru. Selain itu, masa lapangnya, adik Amirul lebih suka membaca buku.Adik Izzah sememangnya seorang yang tidak takut dan tidak mudah jemu untuk mempelajari tentang Internet dan komputer. Disini, adik Izzah telah mempelajari pelbagai pengetahuan komputer. Asas komputer seperti operasi komputer, penggunaan internet, emel dan portal, dan lain-lain lagi turut dipelajari oleh adik Izzah. Kini adik Izzah semakin pandai menggunakan kemudahan Komputer dalam menyiapkan tugasan sekolahnya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Adik Izzah merupakan seorang remaja yang suka mencuba perkara baru. Beliau suka menggunakan internet menambah pengetahuan.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas dan bimbingan yang dijalankan Adik Izzah semakin pandai memilih sumber rujukan dan membuat carian bagi memperkaya ilmu dirinya
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- - Mengenal perkakasan komputer
- - Memahami asas pengoperasian komputer
- - Menggunakan internet dan membuat carian dengan browser.
- - Mempelajari Ms. Office 2010 bagi memudahkan menyiapkan tugasan.
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PIM membantu memahirkan diri saya tentang Komputer dan Ms Office
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=10#sigFreeIdfe742430bd
Nama Umur Usahawan Ahli |
: ROHAZMI BIN SALLEH : 53 TAHUN : MAKANAN (BIHUN SUP UTARA) : 1 MEI 2019 |
Latar Belakang Calon
Encik Azmi telah berniaga sejak 1996 yang mana perniagaan ini pada asalnya merupakan hak milik ayahnya. Beliau mula megambil alih gerai tersebut apabila ayahnya mula mencebur diri dalam perniagaan yang lain. Beliau menyediakan pelbagai menu makanan yang boleh ditempah oleh pengunjung di gerai miliknya itu. Beliau mempunyai pendirian di mana tidak mahu menjadi kuli kepada orang yang menjadikan dirinya sentiasa bersemangat menjalankan perniagaan sup utara. Seorang yang sangat mesra dengan panggilan abang mi, beliau tidak lokek dengan senyuman dan cukup mudah bertegur sapa dengan semua pelanggan yang datang ke kedainya. Selain itu juga, beliau nekad untuk terus berniaga kerana hanya itulah satu-satunya sumber yang diusahakannya untuk menampung keluarganya. Perniagaannya yang berusia 23 tahun itu dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 4 petang. Pada 2015 beliau telah melebarkan lagi strategi pemasaran pun menggunakan medium sosial untuk mempromosikan perniagaannya. Usaha yang berterusan oleh abang Mi membuahkan hasil apabila beliau sikit demi sedikit sudah mampu menambah jumlah pengunjung di gerainya. Pada 2017 beliau telah memasang azam untuk mempelajari ilmu pemasaran atas talian. Beliau telah menujukkan minat untuk mengikuti kursus perniagaan atas talian yang dianjurkan oleh pusat internet kampong selabak. Beliau telah mengikuti beberapa kelas bimbingan perniagaan atas talian yang dijalakan oleh pusat internet. Antara yang dipelajari olehnya adalah membuat kedai online, pemasaran percuma dan berbayar, Iklan percuma dan berbayar dan close sale. Beliau memiliki impian untuk menambah cawangan yang diuruskan oleh ahli keluarganya sendiri dan mampu mengekalkan rasa enak dan sedap pada selera pelanggan.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Abang Mi seorang yang minat meneroka ilmu baru.Telah menyertai pelbagai kursus untuk kebaikan diri. . Seorang yang sangat suka menambah ilmu tentang pemasaran atas talian.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk mengoptimumkan akaun facebook untuk pernigaannya . Beliau juga memaksimumkan penggunaan whatsapp untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- - Menggunakan Microsoft Office word untuk membuat risalah
- - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui whatsapp
- - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui whatsapp
- - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
- - Whatsapp sebagai medium menjual
- Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PIM membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=10#sigFreeIdd3bda0e556