Nama Umur Usahawan Ahli |
: NONI BINTI HUSSAIN : 57 TAHUN : MAKANAN (KEREPEK GONGGOK BILIS, POPIA SIRA, REMPEYEK) : 7 APRIL 2015 |
Latar Belakang Calon
Pada awal 2010, beliau telah menyertai kelas-kelas masakan bagi menambah pengetahuannya. Beliau bermula dengan menumpukan penjualan kerepek dan rempeyek kepada ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja sehinggalah ada rakan-rakannya yang mahu beliau untuk membuka pesanan kepada orang lain. Hal ini supaya beliau boleh meningkatkan lagi jualannya setiap bulan. Pada 2015 beliau telah membuka kedai yang dipenuhi dengan pelbagai kerepek dan rempeyek yang dibuat olehnya serta biskut yang dibuat oleh komuniti setempat. Beliau telah belajar dengan kursus anjuran MDEC untuk memasarkan produknya melalui perniagaan atas talian.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Puan Noni seorang yang minat meneroka ilmu baru. Seorang yang sangat suka menambah ilmu tentang pemasaran atas talian demi meningkatkan jualan bulanan.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk memaksimumkan penggunaan akaun facebook dan penggunaan whatsapp untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui whatsapp
- - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui whatsapp
- - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
- - Iklan percuma dan berbayar.
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PI membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=5#sigFreeIdee346c95d4
Nama Umur Ahli |
: SURAYA BT ABDUL AZIZ : 42 TAHUN : 2017 |
Latar Belakang Calon
Kak Su memiliki impian yang sangat besar iaitu beliau mahu perniagaanya dikenali oleh ramai orang. Beliau memiliki impian yang besar ini kerana beliau tidak mahu perniagaan yang dijalan sejak sekian lama ini menjadi satu yang sia-sia. Oleh kerana itu beliau sentiasa bersungguh dalam usaha memperkembangkan perniagaan yang sedia ada pada masa ini. Sehubungan dengan niatnya untuk memiliki perniagaan yang dikenali ramai, beliau telah mencari maklumat-maklumat yang berkaitan pemasaran pada kini yang boleh membantu perniagaannya dikenali oleh lebih ramai orang. Beliau telah hadir ke Pusat It Kampung Selabak untuk memdapatkan maklumat. Melalui perkongsian dan perbincangan beliau telah bersetuju mengikuti kelas bimbingan computer dan pemasaran atas talian yang dijalankan di pusat It. Kak Su telah mengikuti kelas yang dijalan dengan jaya sekali. Beliau kini semakin mahir menggunakan computer dan platform atas talian seperti FB dan whatsapp di telefonnya sebagai platform pemasaran atas talian. Kak Su berharap agar cita-citanya dapat dicapai dan berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan impiannya tercapai.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Puan Su tahu menggunakan internet untuk mencari maklumat yang diperlukan olehnya.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas dan bimbingan yang dijalankan Puan Su semakin pandai membuat carian bagi memperkaya ilmu dirinya selain daripada menambah kemahiran lain seperti membuat poster, iklan berbayar, dan lain-lain lagi.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- - Mengenal perkakasan komputer
- - Memahami asas pengoperasian komputer
- - Menggunakan internet dan membuat carian dengan browser.
- - Editing gambar menggunakan adobe photoshop.
- - Membuat kempen pemasaran atas talian.
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PIK membantu memahirkan diri saya tentang Komputer,internet, adobe photoshop dan kemahiran membuat iklan.
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=5#sigFreeId41683d98a8
Nama Umur Usahawan Ahli |
: ZAWIL IZZAH : 32 TAHUN : MAKANAN (ROTI, PUDING DAN AISKRIM MALAYSIA) : 26 JUN 2018 |
Latar Belakang Calon
Puan Izzah telah berniaga sejak 2007 kerana hasratnya untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Beliau merupakan seorang ibu kepada 2 orang anak, beliau telah menunjukkan tekadnya dalam bidang keusahawanan apabila beliau telah mendaftar perniagaannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pada 2008 beliau telah mula belajar memasarkan produknya melalui perniagaan atas talian. Beliau telah memaksimumkan penggunaan whatsapp dan facebook sebagai platform e niaganya. Usaha yang tidak kenal erti jemu semakin membuahkan hasil apabila beliau sikit demi sedikit sudah mampu membantu dalam memenuhi keperluan dan kehendak ahli keluarganya. Sehubungan itu, Puan Izzah merasakan dirinya perlu menambah pengetahuan pemasaran secara atas talian. Beliau berazam untuk mempelajari ilmu pemasaran atas talian. Beliau telah mengikuti beberapa siri kursus kursus e usahawan. Pelbagai ilmu baru telah beliau miliki bagi menambah baik kaedah pemasaran perniagaan atas talian. Puan Izzah juga menunjukkan minat belajarnya apabila beliau telah mengikuti kursus perniagaan atas talian yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Selabak. Beliau telah mengikuti beberapa kelas bimbingan perniagaan atas talian yang dijalakan oleh Pusat Internet. Antara yang dipelajari olehnya adalah membuat kedai online, pemasaran percuma dan berbayar, Iklan percuma dan berbayar, membuat poster dan close sale. Beliau meluangkan masa lapangnya untuk datang ke pusat internet bagi mengikuti kelas yang diminatinya. Beliau memiliki impian untuk memiliki kedai sendiri dan mampu mempelbagaikan lagi jualan di premis perniagaannya suatu hari ini.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Kak Izzah seorang yang minat meneroka ilmu baru.Telah menyertai pelbagai kursus untuk kebaikan diri. Seorang yang sangat suka menambah ilmu tentang pemasaran atas talian.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk mengoptimumkan akaun facebook untuk pernigaannya . Beliau juga memaksimumkan penggunaan whatsapp untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- - Menggunakan Microsoft Office word untuk membuat risalah
- - Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui whatsapp
- - Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui whatsapp
- - Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
- - Whatsapp sebagai medium menjual
- - Adobe Photoshop untuk membuat poster
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PIK membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=5#sigFreeIdd80a8d900a
Nama Umur Usahawan Ahli |
: IZZATI RAHIM : 34 TAHUN : MAKANAN (NASI AYAM DAN DAGING MASAK HITAM) : 8 NOVEMBER 2018 |
Latar Belakang Calon
Puan Zati suka berniaga kerana dia ingin menambah pendapatan. Beliau memiliki sikap tidak kenal penat lelah dalam menjalankan perniagaannya. Kesungguhan beliau dapat dilihat tatkala dia nekad mendaftarkan perniagaannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Puan Zati pada awalnya, hanya menjalankan perniagaannya dengan berkongsi di kumpulan whatsapp dan facebook. Setelah sekian lama, hasil jualan tidak mampu mencapai target yang telah ditetapkan oleh dirinya. Beliau merasakan penting bagi dirinya untuk menambah pengetahuan tentang pemasaran melalui atas talian. Beliau berhasrat untuk mempelajari asas pemasaran online dan mengikuti kursus pemasaran melalui MDEC . Beliau juga telah hadir ke pusat internet dan berjumpa dengan petugas menceritakan hajatnya untuk belajar asas pemasaran atas talian. Beliau telah mengikuti kelas pemasaran yang dijalankan di pusat it selabak. Sepanjang mengikuti bimbingan di Pusat Internet Kampung Selabak, beliau telah mempelajari beberapa kemahiran baru seperti membuat poster promo dengan Canva.com, membuat ayat jualan dan membuat iklan perscuma dan berbayar. Beliau kini semakin mahir menggunakan platform atas talian. Puan Zati berimpian mahu memiliki sebuah kedai makan sendiri. Beliau berharap agar cita-citanya dapat dicapai suatu hari nanti.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Puan Zati menjalankan perniagaan atas talian tanpa asas yang kukuh.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan bersama Puan Zati, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran. Ilmu beliau semakin bertambah dan mahir menggunakan facebook dan whatsapp bagi tujuan perniagaan.
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=5#sigFreeId88efd85682
Nama Umur Ahli |
: HAFZANJANI BIN AHMAD KAMAL : 15 TAHUN : 24 NOVEMBER 2017 |
Latar Belakang Calon
Remaja yang berumur 15 tahun biasanya lebih suka meluangkan masa dan bersama rakan-rakannya. Adik Hafzanpula berbeza kerana dirinya lebih suka mempelajari dan meneroka perkara baru terutamanya kemahiran membuat video. Adik Hafzan sangat suka menggunakan masa terluangnya untuk meneroka perkara baru. Semasa masa lapangnya, adik Hafzan lebih suka melayari internet dan mempelajari pelbagai kemahiran baru. Kebiasaannya adik Hafzan akan meminta ibunya untuk datang ke Pusat Internet Kampung Selabak untuk melayari internet dan menyiapkan kerja-kerja sekolah. Cita-cita adikHafzan ada ingin menjadi seorang youtuber yang berjaya suatu hari nanti. Dalam usaha untuk mencapai impiannya adik Hafzam sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya. Adik Hafzan tidak takut dan jemu untuk mempelajari tentang Internet dan komputer. Disini, adik telah mempelajari pelbagai pengetahuan komputer. Asas komputer seperti operasi komputer, penggunaan internet, emel dan portal, dan lain-lain lagi turut dipelajari oleh adik Adham. Kini beliau semakin pandai menggunakan kemudahan Komputer dalam menyiapkkan tugasan sekolahnya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Adik Hafzan tahu menggunakan internet untuk mencari maklumat yang diperlukan olehnya.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas dan bimbingan yang dijalankan adik Hafzan semakin pandai membuat carian bagi memperkaya ilmu dirinya selain daripada menambah kemahiran lain.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- - Mengenal perkakasan komputer
- - Memahami asas pengoperasian komputer
- - Menggunakan internet dan membuat carian dengan browser.
- - Editing gambar menggunakan adobe photoshop.
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PIK membantu memahirkan diri saya tentang Komputer, internet, adobe photoshop dan kemahiran membuat video.
http://kgselabak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=5#sigFreeIdf404e67fdf